Genap pada jam 4.46 petang pada16/02/2010 yang lepas aku telah dikujutkan dengan berita yang menyedihkan iaitu adik sepupu ku Layinah berusia 10 tahun telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Permergiannya amat jelas terasa lebih-lebih lagi kepada ummi yang telah banyak berkorban masa dan keringat untuk menjaga arwah selama hayatnya.
Layinah,
kak long sayang yinah. pemergian yinah membuatkan kak long faham betapa yinah sayangkan ummi dan faham kesusahan ummi kan..Yinah anak yang solehah dik!! Adik adalah ahli syurga.dan adik lah yang akan tunggu ummi dan abi di sana..semoga roh adik di kelilingi bidadari-bidadari syurga..amin.
Pemergian mu,
saat yinah dipanggil, tuk dan ummi ada di sisi melurut kaki yinah yang berpelin nyata senang diluruskan sedangkan selama ini amat susah.Ummi yang mendakap yinah sehingga ke nafas terakhir, meskipun kak long tak bersama yinah tapi kak long memahami rasa sedih yang teramat sangat mencengkam jiwa dan hati seorang ibu di saat dan ketika itu, selepas kali ke 3 nafas di hembus nyata seperti yinah cuma nak melelapkan mata sahaja. itu yang ummi cerita..tapi apakan daya, denyut nadi dan jantung yinah telah berhenti untuk kali terakhirnya.
untuk kesekian kalinya juga kak long doakan semoga arwah yinah ditempatkan di syurga bersama-sama para solehin dan anbiya..amin ya rabbal a'lamin
Sedekahkan lah Ummul kitab surahtul AL FATIHAH untuk arwah adik Layinah..
No comments:
Post a Comment